Assalamualaikum,
Daripada Ibn Abbas Radiyallahu'anhuma bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari 'Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa, para sahabat bertanya : "Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut ('Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan".
Ibn Abas berkata “Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”
(HR. Muslim)
Di kebanyakan tempat, 9 dan 10 Muharram adalah pada 6 (Selasa) dan 7 Januari (Rabu) 2009. Kita disunnahkan berpuasa pada hari-hari ini.
Apa lagi yang kita nak selain keampunan dari Allah. Jadi jom kita puasa.
Info tambahan:
Bagi mereka yang tidak berpuasa pada hari Tasu'aa' (9 Muharram) bolehlah meneruskan puasa pada hari ke 11. Ini merupakan pandangan Mazhab al-Syafie.
Menurut Dr Mustafa al-Khin :-
لذلك استحب ان لم يصم مع عاشوراء تاسوعاء أن يصوم اليوم الحادي عشر
Syeikh al-Syarbini menyatakan bahawa Imam Syafie rh didalam al-Umm ada menyebut bahawa digalakkan memenuhkan puasa selama 3 hari (9, 10 dan 11)- [Mughni al-Muhtaaj 1/602]
Sumber www.al-ahkam.net
1 comment:
caylaaa cong..
Post a Comment