Assalamualaikum,
Apabila jamak taakhir, ada khilaf adakah wajib tertib antara sembahyang atau tidak.
Pndapat Pertama
Ada pendapat yg mewajibkan tertib antara 2 sembahyang dalam jamak taakhir. Berdalilkan kepada beberapa perkara:
1) Sunnah Nabi ketika jamak taakhir di Muzdalifah, baginda mendahulukan sembahyang maghrib, kemudian barulah sembahyang isyak. (HR Bukhari dan Muslim)
Dan kaedah dalam sembahyang: "Sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".
2) Firman Allah dalam surah al-Nisa ayat 154: "Sesungguhnya sembahyang itu kewajipan yg ditentukan waktunya atas org2 mukmin".
Penjelasan Dalil: Syarak telah menyusun 5 sembahyang fardhu, dan tidak memerintahkan semabhyang isyak kecuali setelah selesai kewajipan maghrib, dan tidak memerintahkan solat asar kecuali setelah selesai kewajipan zohor.
Maka dikekalkan susunan ini seperti asalnya.
3) Sabit dalam hadis sahih bahawa Nabi SAW mengqadha' sembahyang mengikut tertib. Jika diambilkira tertib dalam sembahyang qadha', maka lebih aula diambil kira tertib dalam sembahyang jamak taakhir. kerana jamak taakhir adalah tunai, bukannya qadha'.
Pendapat Kedua
Ada ulama tidak mewajibkan tertib dalam jamak taakhir dan ini pendapat yg disahihkan dalam mazhab syafie. Dan mereka berpendapat tertib adalah sunat.
Dalilnya: Perbuatan Nabi yg disebut diatas ditafsirkan sebagai sunat, bukannya satu kewajipan dan kelaziman.
wallahu a'lam
rujukan:
Majmuk Nawawi 4/178
syarah mumti' Uthaimin 4/402
syarah Syeikh Al-Syanqiti (Zad Mustaqni')
Jawapan ini adalah dari soal jawab aku dengan Ustaz Abu Umair. InsyaAllah ilmu agama kita diperluaskan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
cayalaaaa sheikh.kalo laa ko ade osna harituh..cool beb..hehehe
Memang kena pergi osna ni next time. Bagi aku borang master osna. hehehe ..
neve come across this part..selama ni duk pgg kene dahulukan waktu that we're currently in..
osna itu adalah sejenis..?
Osna tu adalah nama tempat di Jerman, di mana tuan sheikh annasmg (Annas Mohd Ghazali) belajar.
InsyaAllah kita boleh amalkan mana yang kita rasa hujahnya kuat.
hi afifah..salam perkenalan..hehehe
jadi tempat berkenalan lak ye ..hahaha ..
Post a Comment