Saturday, January 31, 2009
Selamatkan negaraku dari fitnah
Monday, January 26, 2009
Ada berani?
Saturday, January 17, 2009
Jamak taakhir, mana dahulu?
Apabila jamak taakhir, ada khilaf adakah wajib tertib antara sembahyang atau tidak.
Pndapat Pertama
Ada pendapat yg mewajibkan tertib antara 2 sembahyang dalam jamak taakhir. Berdalilkan kepada beberapa perkara:
1) Sunnah Nabi ketika jamak taakhir di Muzdalifah, baginda mendahulukan sembahyang maghrib, kemudian barulah sembahyang isyak. (HR Bukhari dan Muslim)
Dan kaedah dalam sembahyang: "Sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".
2) Firman Allah dalam surah al-Nisa ayat 154: "Sesungguhnya sembahyang itu kewajipan yg ditentukan waktunya atas org2 mukmin".
Penjelasan Dalil: Syarak telah menyusun 5 sembahyang fardhu, dan tidak memerintahkan semabhyang isyak kecuali setelah selesai kewajipan maghrib, dan tidak memerintahkan solat asar kecuali setelah selesai kewajipan zohor.
Maka dikekalkan susunan ini seperti asalnya.
3) Sabit dalam hadis sahih bahawa Nabi SAW mengqadha' sembahyang mengikut tertib. Jika diambilkira tertib dalam sembahyang qadha', maka lebih aula diambil kira tertib dalam sembahyang jamak taakhir. kerana jamak taakhir adalah tunai, bukannya qadha'.
Pendapat Kedua
Ada ulama tidak mewajibkan tertib dalam jamak taakhir dan ini pendapat yg disahihkan dalam mazhab syafie. Dan mereka berpendapat tertib adalah sunat.
Dalilnya: Perbuatan Nabi yg disebut diatas ditafsirkan sebagai sunat, bukannya satu kewajipan dan kelaziman.
wallahu a'lam
rujukan:
Majmuk Nawawi 4/178
syarah mumti' Uthaimin 4/402
syarah Syeikh Al-Syanqiti (Zad Mustaqni')
Jawapan ini adalah dari soal jawab aku dengan Ustaz Abu Umair. InsyaAllah ilmu agama kita diperluaskan.
Tuesday, January 6, 2009
Palestin dibedal, apa sumbangan kita?



Apakah perasaan kita melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa ini dibedil oleh Zionist laknatullah? Saudara kita di Palestin sedang berjuang demi kebebasan sendiri. Apa fungsi kita sebagai saudara semuslim? Apa yang dah/boleh kita lakukan?
Sekadar cadangan aku, apa yang kita yang lemah ni boleh lakukan untuk saudara-saudara kita di Palestin:
- Doa untuk mereka, kemenangan mereka, kemusnahan tentera yahudi laknatullah. Sebaik-baiknya DOA QUNUT NAZILAH.
Contoh Qunut Nazilah :
- Cuba sedaya-upaya untuk boikot produk-produk milik penyokong yahudi. Mungkin ada sesetengah antara kita menganggap boikot ini tidak akan mendatangkan kesan kepada mereka, tapi cubalah. Semoga usaha kecil kita ini dikira oleh Allah sebagai amal kebajikan, insyaAllah. http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html
- Belajar bersungguh-sungguh dengan niat untuk memantapkan teknologi umat muslimin. Yahudi adalah golongan yang tidak banyak bilangannya di dunia. Mereka bersatu dan menguasai ekonomi, politik dan TEKNOLOGI. Ayuh, bersungguh-sungguhlah kita!
- Solat berjemaah. Antara sebabnya adalah kerana Qunut Nazilah hanya dilakukan pada solat fadhu berjemaah. Lagipun seperti sedia maklum, solat jemaah 27 kali lebih baik dari solat sendirian. Malah terdapat beberapa ulama mewajibkan untuk orang lelaki solat jemaah.
- Derma pada organisasi-organisasi yang dapat menyalurkan untuk bantuan ke Palestin. Boleh google sendiri insyaAllah.
Banyak lagi yang boleh kita buat untuk saudara kita di Palestin. Apa yang penting ialah kita buat, dan bukan hanya teori semata-mata. InsyaAllah usaha kerdil ini sebagai bekal akhirat, dan tanda kasih kita sesama Islam.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada nabi SAW, Baginda bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. (HR Bukhari dan Muslim)
"Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka, dan menangkan kami ke atas mereka"
Sunday, January 4, 2009
Hari Asyura
Menurut Dr Mustafa al-Khin :-
لذلك استحب ان لم يصم مع عاشوراء تاسوعاء أن يصوم اليوم الحادي عشر
Syeikh al-Syarbini menyatakan bahawa Imam Syafie rh didalam al-Umm ada menyebut bahawa digalakkan memenuhkan puasa selama 3 hari (9, 10 dan 11)- [Mughni al-Muhtaaj 1/602]
Friday, January 2, 2009
Sila makan dan minum dengan tangan kanan
Fenomena yang sukar aku fahami. Dari kecil kita dah diajar tentang perkara ini. Ibu, bapa, cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah dan ramai lagi confirm pernah cakap, „makan minum mesti dengan tangan kanan“.
Tapi entah sebab kesombongan, lupa atau entah apa yang menyebabkan perkara ini antara perkara yang paling orang ambil tak peduli.
Dari Jabir bin Aabdillah radhiyallahu ‘anhu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “janganlah kalian makan dengan tangan kiri kerana syaitan itu juga makan dengan tangan kiri.” (HR Muslim)
Berdasar hadis di atas, jelas menunjukkan larangan keras dari Nabi S.A.W makan dan minum dengan tangan kiri kerana perkara tersebut menyerupai syaitan.
Antara „sebab“ yang aku rasa orang-orang yang makan dan minum tangan kiri:
1. Tangan kanan dah kotor digunakan semasa makan, jadi RAMAI yang minum dengan tangan kiri.
2. Ikut protokol makan di hotel, potong pakai tangan kanan dan makan pakai tangan kiri.
3. Sebab memang kidal (aku pun kidal gak)
4. Dan banyak lagi.
Bagi yang kidal, ada hadis khas untukmu:
Dari Abdullah bin Muhammad, dari seorang wanita di antara mereka yang berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam masuk menemuiku ketika aku sedang makan dengan tangan kiriku, kerana aku seorang wanita yang KIDAL.
Maka beliau memukul tanganku sehingga sesuap makanan jatuh.
Lalu beliau bersabda, "Janganlah engkau makan dengan tangan kirimu, sedangkan Allah telah menjadikan tangan kanan untukmu." Atau bersabda, "Sedangkan Allah telah menyembuhkan tangan kananmu."
(HR. Ahmad dan Thabarani. Dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah)
Lagi sekali jelas menunjukkan, walaupun seseorang itu kidal, maka tidak harus baginya untuk makan dan minum dengan tangan kiri.
Sebagai rujukan, aku kepilkan sekali gambar hiasan dari member aku.
Sekarang ini, semuanya tergantung pada diri kita sama ada untuk menerima kenyataan yang makan dan minum dengan tangan kiri itu tidak dibenarkan oleh agama.
Mari kita sama-sama amalkan hidup ini dengan apa yang diajar oleh Allah dan nabi S.A.W.
Senang je nak ingat, makan dan minum dengan tangan kanan, walaupun kita ni kidal, tak biasa, pakai sudu, pakai garfu atau apa sahaja alasan yang tidak memudharatkan.
Sekian.